Shin Tae-yong enggan komen kenapa gugurkan Saddil Ramdani
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong enggan memberi sebarang komen mengenai keputusannya untuk menggugurkan bintang sensasi mereka Saddil Ramdani untuk kempen Piala Asia 2023 yang sedang berlangsung di Doha, Qatar.
“No komen,”
jawabnya ringkas dalam sidang media.
Terdahulu dunia bola sepak di negara itu kecoh apabila pasukan itu membuat keputusan kontroversi itu saat-saat akhir yang mana ia digantikan dengan seorang lagi pemain tengah iaitu Adam Alis.
Indonesia merupakan salah sebuah daripada empat negara ASEAN yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia termasuk Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Skuad Sang Garuda akan membuka tirai Piala Asia mereka esok menentang Iraq.
Mereka telah diundi dalam Kumpulan D bersama Vietnam dan gergasi Jepun.