Kim Pan-gon silap percaturan, tak mungkin tunjuk kekurangan dalam pengetahuan Korea Selatan!

318

Susulan permulaan menghampakan skuad Harimau Malaya dalam menentang pasukan Jordan tengah malam tadi di Piala Asia telah menaikkan amarah pemain ke-12 terhadap jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

Rata-rata penyokong tegar bola sepak negara berpendapat bahawa Pan-gon telah tersilap menggunakan taktikal di atas padang bagi para pemain.


Beberapa posisi pemain hebat telah diubah, selain menurunkan pemain yang telah lama dibangku simpanan didalam kesebelasan utama dan begitu juga pemain yang memberikan kemunculan sulung bersama skuad kebangsaan.

Pilihan pemain tidaklah seperti yang diharapkan, juga kegugupan pemain pada 30 minit pertama beraksi di pentas Asia sebegitu.

Ianya seperti melakukan experiment ke atas skuad Harimau Malaya di perlawanan pembukaan, yang sememangnya bukan suatu tembakan yang mengena.

Tidak mungkin jurulatih itu sengaja melakukan semua itu, lagi-lagi pabila melihatkan adanya pasukan Korea Selatan didalam kumpulan E, sama seperti Malaysia.

Sudah tentu juga beliau didalam pemerhatian rakyat Korea Selatan, yang ingin menyaksikan bagaimanakah kehandalan wakil mereka dalam mengemudi sesebuah pasukan bola sepak.

Bagaimana keadaannya nanti bila tiba giliran untuk bertemu Korea Selatan pada Khamis minggu hadapan?

Mustahil jika ada yang merasakan beliau seakan sengaja berbuat demikian kerana beliau jugalah yang telah banyak berkorban sehingga meningkatkan kedudukan FIFA Malaysia di tangga ke-130 dunia.

Mungkin Pan-gon hanya gemar mengambil risiko namun ianya tersasar begitu jauh pada kali ini.

Tengah malam tadi, Malaysia telah ‘dibelasah’ pasukan Jordan 0-4 di Stadium Al-Janoub, Qatar.

Gol telah dijaringkan oleh hanya dua pemain Jordan iaitu Mahmoud Al Mardi di minit ke-12 dan 32, manakala Mousa Al Tamari menghadiahkan gol pada minit ke-18 dan 85.

Malaysia bakal bertemu pasukan Bahrain pada pukul 10.30 malam, 20 Januari ini.