Perlawanan akan datang lebih mencabar, sejarah skuad Harimau Malaya di Piala Asia 2007 mungkin berulang?

176

Malaysia pernah menjadi tuan rumah bersama bagi Piala Asia 2007, dimana ianya dikongsi bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Ianya telah membawa skuad Harimau Malaya untuk sekali gus layak beraksi, meskipun bukan secara merit.


Pasukan kebangsaan yang telah ditempatkan sekumpulan bersama China, Uzbekistan dan Iran ketika itu telah ‘menelan’ peritnya kekalahan dalam kesemua perlawanan.

Skuad Harimau Malaya waktu itu telah dikemudi oleh jurulatih, Norizan Bakar.

Di perlawanan pembukaan menentang China, Malaysia telah tewas 1-5 dan pemain penyerang, Indra Putra Mahayuddin yang memberikan jaringan tunggal ketika itu.

Manakala untuk perlawanan bersama Uzbekistan dan Iran, kedua-dua skuad Harimau Malaya gagal memberikan sebarang gol.

Uzbekistan memenangi perlawanan dengan keputusan 0-5, Iran pula memenangi sebanyak 0-2.

Adakah sejarah akan berulang sekali lagi di Piala Asia edisi ke 2023 ini?

Sampai bila Malaysia mahu terus ditakuk lama sebegini?

Menyaksikan permulaan menyakitkan tengah malam tadi menentang Jordan, Malaysia yang ‘dibelasah’ 0-4 nampaknya seakan lebih sukar untuk bangkit kembali melihatkan pasukan yang bakal kita temui.

Malaysia akan menentang pasukan Bahrain pada Sabtu ini dan Korea Selatan pada Khamis minggu hadapan.

Sempatkah Harimau Malaya membaiki kesilapan dan mengaplikasikan teknikal hebat yang sedia ada demi mengembalikan kepercayaan para penyokong?