Tiada pilihan lain, Harimau Malaya wajib tawan Bahrain dan Korea demi ‘mendaki’ ke pusingan 16 terbaik

135

Masih mampukah skuad Harimau Malaya mengejar tangga carta kumpulan E menerusi perlawanan menentang Bahrain Sabtu ini?

Bahrain dan Malaysia yang sama-sama menduduki tangga dua ke bawah ketika ini pastinya mahu ‘merebut’ mata di perlawanan kedua mereka.


Ianya bagaikan suatu kebetulan buat pasukan negara apabila susunan jadual perlawanan Piala Asia kali ini diletakkan mengikut ranking kehebatan pasukan pihak lawan.

Dimana Malaysia menemui Jordan (87), kemudian bersama Bahrain (86) dan akhirnya ditemukan dengan Korea Selatan (23).

Keperitan dalam menelan realiti pembukaan 0-4 malam kelmarin masih belum habis buat rata-rata Ekor Harimau Malaya di Malaysia mahupun di Qatar.

Mampukah skuad negara menebus kekalahan itu dengan cubaan membolot seberapa banyak mata dalam pertemuan bersama Bahrain? Apakah peluang yang kita ada?

Perlu diingatkan, Bahrain langsung bukan suatu pasukan yang boleh dipandang rendah.

Malah kekuatan pasukan mereka secara keseluruhan adalah lebih baik berbanding Jordan.

Untuk rekod, Malaysia hanya pernah berjaya menewaskan pasukan bola sepak Bahrain sebanyak dua kali sahaja didalam 12 perlawanan, selain tiga kali mencatatkan keputusan seri sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan ini sejak 1977.

Sedangkan sepanjang minggu lalu, orang ramai mempercayai bahawa skuad Jordan mampu ditumpaskan dengan mudah oleh Malaysia, namun tekaan semua telah meleset jauh.

Bagaimanakah nanti nasibnya buat pasukan negara andai kekal dengan corak permainan yang sama?

Formasi 3-4-3 (high line) yang mungkin jarang digunakan oleh jurulatih, Kim Pan-gon nampaknya tidak menjadi tempoh hari dan ia harus dikembalikan semula kepada susunan asal yang selamat dan lebih ‘ong’ iaitu 4-3-3.

Posisi pemain juga tidak harus ‘dirombak’ banyak seperti apa yang berlaku di perlawanan bersama Jordan.

Rakyat Malaysia juga perlu segera move-on dan menyokong skuad itu terus memperbaiki kesilapan strategi yang sudah dilakukan.

Kini Malaysia tidak mempunyai pilihan lain tapi untuk memenangi kedua-dua perlawanan bersama Bahrain dan Korea Selatan demi menempah tiket ke pusingan 16 terbaik.

Mengenangkan saat genting didalam perlawanan pembukaan tengah malam kelmarin, bintang-bintang bola sepak tanah air seakan ‘hilang punca’ di atas padang.

‘Kegugupan’ di pentas Asia bukanlah suatu alasan yang boleh diterima memandangkan mereka telahpun menentang Syria di perlawanan persahabatan 8 Januari lalu dan memperoleh keputusan seri dua sama ketika itu.

Kemenangan Malaysia yang akan datang mungkin akan menjadi suatu miracle, tetapi tetap ianya tidak mustahil buat skuad kebangsaan sekiranya mereka kekal fokus demi tanah air tercinta.