BATC sekali lagi diadakan di laman sendiri, para atlet sedia tebus reputasi kekalahan minggu lalu?

61

Malaysia sekali lagi akan menjadi penganjur bagi perlawanan Badminton Asia Team Championship (BATC) yang akan bermula pada 13 hingga 18 Februari depan.

Meskipun Malaysia adalah juara di edisi 2022, namun cabaran untuk mempertahankannya pastinya lebih sukar!


Selain itu, ini adalah peluang buat skuad badminton negara untuk bangkit kembali dari ‘mimpi ngeri’ di Petronas Terbuka Malaysia (PMO) minggu lalu.

Dapatkah efek ‘tuan rumah’ memberi kelebihan yang sebenar kepada pasukan kebangsaan kali ini?

Atau sudah bersediakah Malaysia untuk melihat keperitan singkirnya wakil negara sekali lagi?

BATC dimainkan secara berkumpulan seperti Piala Thomas, dan baru-baru ini wakil jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia telah memaklumkan bahawa atlet itu sudi untuk ‘membanting tulang’ bersama pasukan negara.

Melihatkan kehampaan di kejohanan PMO minggu lalu, adakah motivasi skuad badminton negara akan terkesan?

Apakah para atlet juga sudah bersedia untuk menebus reputasi kekalahan tempoh hari dan mengembalikan kepercayaan semua pihak kepada mereka?

Sokongan padu peminat tegar sukan badminton, mahupun seluruh rakyat Malaysia amat diperlukan demi menjamin motivasi dan semangat buat kontinjen negara.

Pada asalnya, BATC 2024 sepatutnya dianjurkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), namun kerajaan Selangor telah berminat dan memohon pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menganjurkannya.

BATC 2024 akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor.