Jika menang menentang Jordan, Korea Selatan mungkin beri peluang kepada pemain muda untuk aksi menentang Malaysia

180

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann memberi bayangan bahawa beliau mungkin akan menurunkan barisan pemain muda untuk perlawanan terakhir kumpulan sekiranya mereka berjaya menang ke atas Jordan.

“Kita akan melihat samada perancangan perlawanan menentang Jordan berjalan lancar atau tidak, jika berjalan dengan lancar kami akan berikan peluang kepada pemain muda untuk dapat minit permainan.

Bagaimanapun jika perlawanan sengit, mungkin kita akan gunakan pemain berpengalaman,”

katanya.

Kenyataannya itu sekaligus memberi ‘pengesahan’ bahawa jika mereka berjaya menang ke atas Jordan, Korea Selatan akan sah layak ke pusingan 16 dengan enam mata sekaligus perlawanan terakhir mereka menentang Malaysia mereka boleh turunkan skuad muda untuk pendedahan dan minit permainan.


Dalam pada itu, Klinsmann berkata beliau tidak pernah mengingatkan pemain-pemainnya untuk kempen Piala Asia 2023 kali ini kerana setiap pemainnya sudah tahu di mana mereka berada dan sejauh mana mereka mampu pergi dalam kejohanan ini.

“Pemain tahu di mana mereka berada dan tahu sejauh mana mereka boleh pergi pada kempen Piala Asia, jadi saya beritahu pemain-pemain mereka perlu fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Pemain tahu di mana mereka berada dan tahu sejauh mana mereka boleh pergi pada kempen Piala Asia, jadi saya beritahu pemain-pemain mereka perlu fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Bagaimanapun anda tidak boleh meramal apa yang akan mendatang kerana apa sahaja boleh berlaku, jadi kita akan melihat perkara ini dari hari ke hari.”

Korea Selatan yang berada dalam Kumpulan E kini berada di kedudukan kedua kumpulan selepas mencatat kemenangan ke atas Bahrain 3-1.