Permohonan lesen luar biasa MFL dibuka semula, peluang cerah untuk Melaka FC?
Mungkin ini peluang terbaik buat kelab Melaka FC untuk muncul di dalam Liga Super!
Ianya susulan pengumuman pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) semalam dalam membuka semula pemohonan pelesenan luar biasa buat pasukan yang ingin ke liga tersebut, barangkali ini adalah berita baik buat kelab itu.
Sudah hampir dua tahun negeri Melaka tidak mempunyai wakil pasukan bola sepak didalam Liga Super selepas pemansuhan kelab Melaka United FC.
Boleh jadi ini peluang cerah buat Melaka FC yang merupakan kelab M3 AFL untuk mengorak langkah mengembalikan Melaka di carta Liga Super!
Rata-rata ramai peminat tegar bola sepak tanah air menyokong sekiranya pasukan itu menghantar permohonan ke liga itu.
Hujung bulan lalu juga Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) telah memaklumkan penambahan salah seorang Naib Presiden didalam Jawatankuasa Eksekutif (Exco) mereka iaitu ahli politik dan aktres popular, Datuk Dira Abu Zahar.
Ini mungkin juga boleh menjadi tugas tambahan buat beliau didalam tampuk pimpinan baharu ini.
Namun diharapkan tiada lagi isu tunggakkan bayaran gaji pemain berlaku sekali lagi buat pasukan Melaka.
Terpalit dengan pelbagai masalah dalaman yang tidak berkesudahan, kelmarin MFL mengisytiharkan bahawa pasukan The Red Warriors telah dikeluarkan dari terus bertanding didalam liga tersebut.