Formasi 3-4-3 Kim Pan-gon sebenarnya bagus – Nazrulerwan Makmor

250

Dikala sebahagian besar peminat bola sepak tanah air menentang formasi 3-4-3 yang disusun jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon ketika perlawanan skuad Harimau Malaya bertemu Jordan tempoh hari, bekas pemain kebangsaan Nazrulerwan Makmor menganggap yang sebaliknya.

“Formasi Pan-gon hari itu sebenarnya bagus, dari susunan defensive, ia menjadikan kita lebih offensive.”

Katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau juga merasakan formasi tersebut akan dikekalkan untuk perlawanan bersama Bahrain esok memandangkan pertukaran formasi dalam jangka masa lima hari adalah sedikit rumit buat pemain.


Nazrulerwan yang juga merupakan penolong jurulatih Kelantan United FC berpendapat bahawa bahagian pertahanan skuad perlu digantikan.

“Bahrain fizikal mereka tegap dan tinggi, mungkin pertahanan kita perlu ditukar kepada Junior Eldstal.”

Beliau berfikiran gugup bukanlah suatu alasan yang boleh diterima kerana kebanyakkan pemain beraksi didalam AFC Champions League (ACL) selain ramai diantara pemain telah banyak kali muncul didalam liga tempatan.

“Paling lama nak gugup adalah untuk lima hingga sepuluh minit pertama.”

Baginya beliau memahami dan menyokong corak permainan Pan-gon yang tidak gemar bermain secara bertahan, tetapi secara menyerang.

“Bila menyerang, kita akan bertahan lagi lama dan bermain dengan lebih bagus.”

Beliau turut menyetujui sekiranya para pemain mempunyai ketua yang tidak henti bersorak dan menyuntik motivasi di atas padang selain kapten pasukan.

“Komunikasi sesama pemain di atas padang adalah sangat penting.”

Nazrulerwan yang menjangkakan kemenangan 2-1 didalam perlawanan menentang Bahrain esok, menasihatkan pemain untuk kekal fokus dan kurangkan membaca kritikan warga net di laman sosial.

“Main secara satu pasukan, bermain bersama, bertahan bersama. Kurangkan melakukan kesilapan, pastinya kita boleh berjaya.”