Hentikan kekecewaan kelmarin, kini semua mata tertumpu kepada skuad Harimau Malaya B23!

116

Hampa dengan kekecewaan bersama prestasi skuad Harimau Malaya di Piala Asia setakat ini? Mungkin kini tiba untuk tumpukan kepada skuad muda!

Mukhairi Ajmal, Hong Wan, Harith Haikal, Kobe Jae Chong, Ubaidullah Shamsul, Luqman Hakim, Azam Azmi, Safwan Mazlan, Richard Chin, Jami Qureshi, Sharul Nazeem – inilah antara penyeri pasukan kebangsaan akan datang.


Daripada terus sedih mengenangkan kepahitan perlawanan lalu, Piala Asia B23 yang akan bermula April depan pastinya akan dinanti-nantikan semua sekaligus kemunculan Malaysia akan menjadi titik permulaan yang hebat buat pemain yang terlibat.

Melihatkan usia mereka yang masih muda dan ‘segar’, selain stamina yang kuat dan pengalaman baru yang mudah dilentur jurulatih, sudah tentu ianya akan menjadi antara skuad terbaik yang memberi gentar kepada pasukan lain suatu hari nanti.

Apa yang lebih mengasyikkan, mereka adalah anak Malaysia!

Sama ada yang dilahirkan disini atau berketurunan dari bumi bertuah ini, semangat dan ‘jiwa’ bermain bersungguh-sungguh pastinya wujud demi lencana di dada.

Ramai lagi diantara mereka yang bakatnya boleh digilap dan diasah lagi bagi meneruskan kecemerlangan skuad negara di masa akan datang.

Mungkin fokus rakyat Malaysia boleh tertumpu sekaligus memberi ruang buat anak-anak muda ini untuk bersinar, mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

Tentunya kelebihan yang mereka miliki tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.

Sebahagian skuad senior Harimau Malaya mungkin sudah cukup berbakti buat pasukan, barangkali ‘rombakan’ beramai-ramai boleh dilakukan.

Yang merekodkan prestasi cemerlang harus dikekalkan, manakala yang tidak, perlu digantikan dengan pemain yang lebih berkaliber dan berpotensi tinggi dalam memberikan persembahan terbaik buat Malaysia.

Pastinya semangat dari skuad B23 yang dipamerkan kelak akan jauh luar biasa dari selalunya oleh sebab jati diri dan jiwa muda yang membara didalam diri setiap pemain.