Buat perbandingan biar berpada, Lee Zii Jia adalah suatu ’work-in-progress’

78

Seiring peredaran zaman, pelbagai persepsi dan fahaman masyarakat ikut berubah.

Begitu juga naik turunnya prestasi jaguh badminton negara yang suatu ketika dahulu membangun dengan gemilangnya.


Perhatikan sahaja keadaannya kini, segalanya telah berubah dengan sekelip mata.

Namun begitu, bukanlah hak sesiapa pun untuk membanding-bandingkan reputasi seseorang atlet antara satu sama lain.

Sebagai contoh yang paling ketara, pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia acap kali dilihat dari sisi negatif.

Dirinya tidak terlepas dari sering ‘dihantui’ dengan pencapaian Datuk Wira Lee Chong Wei dalam sukan itu selama ini.

Minggu lalu juga Zii Jia turut akui bahawa situasi di antara dirinya dan Chong Wei seolah-olah ‘aneh’ selepas bergerak secara profesional.

Di suatu saat, semua orang merasakan beliau bakal menjadi pengganti legenda itu satu hari nanti.

Rekod Chong Wei yang menduduki tempat pertama di seluruh dunia selama 349 minggu, termasuk 199 minggu berturut-turut dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012 sememangnya belum ada yang mampu tandingi namun Zii Jia juga perlu diberi ruang untuk bersinar.

Tidak dinafikan beliau pernah menjadi johan badminton perseorangan seluruh England tiga tahun dahulu, dan prestasinya seakan merundum selepas menerima pelbagai ‘jemputan khas’ yang sekaligus melonjakkan populariti beliau.

Banyak kali juga reputasi beliau yang mengecewakan rakyat Malaysia selepas kemenangan itu.

Mungkinkah tahun ini akan menjadi tahun comeback beliau?

Kedua-dua mereka memiliki kepakaran dan kelemahan masing-masing yang boleh atau tidak diterima penyokong selain cara didikan corak permainan yang berlainan.

Karier mereka juga berada di era yang berbeza, dimana media atau sebarang ‘tarikan luar’ tidak begitu meluas seperti sekarang.

Jatuh bangunnya didalam karier seseorang atlet sudah umpama lumrah kehidupan mereka.

Pelbagai kritikan yang sampai ke telinga mereka namun tetap memilih untuk tidak cepat melatah dan menerima dengan hati yang terbuka.

Perlu diingatkan usia karier jaguh badminton juga agak singkat, dikala meniti umur 30-an pastinya stamina pemain akan ‘jatuh’ tahun demi tahun.

Melihatkan umur Zii Jia di waktu ini (26 tahun), masih sempat beberapa tahun lagi untuk mendidik beliau secara rapi dalam mengekalkan kejuaraan.

Andainya teknik latihan Datuk Lee Chong Wei diterapkan kepada Lee Zii Jia, boleh jadi ianya akan lebih berkesan.

Fokus serta disiplin yang padat perlu diteruskan demi mencapai target tertentu, tanpa apa jua ‘anasir’ yang mampu menganggu konsentrasi beliau di dalam gelanggang.

Zii Jia juga disarankan untuk tidak memberi sebarang kenyataan yang berpotensi menjadi bualan hangat peminat-peminat di luar sana mengenai prestasinya.

Hanya sebaiknya kekal memajukan diri dibelakang tabir dan mengukuhkan kedudukan untuk setanding pemain hebat yang lain.

Beliau adalah sejenis work-in-progress dan masih memerlukan bantuan di sana sini.

Fasa try and error pastinya akan ada dan perlu dibiasakan namun masa tetap tidak akan berhenti berdetik untuk beliau.

Dari terus membuat perbandingan, Datuk Lee Chong Wei pastinya kekal menjadi idola ramai, termasuklah Lee Zii Jia.

Tidak elok jika para penyokong tegar sukan badminton negara saling membandingkan kedua-dua atlet tersebut.

Kejayaan keduanya saat ini harus diberi galakan dan sokongan penuh demi kemajuan sukan itu di masa akan datang.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen