Perlawanan ‘pelengkap’ bersama Korea Selatan adalah demi menjaga maruah negara – Fadzli Saari

113

Meski ramai yang membantah, bekas pemain bola sepak kebangsaan Fadzli Saari merasakan formasi ‘baharu’ yang diaplikasikan jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon didalam kemunculan sulung Malaysia di Piala Asia 2023 minggu lalu adalah tidak mengejutkan buat para pemain.

“Tentunya Pan-gon telah mempratikkan dan membiasakan formasi itu bersama semua pemain sewaktu latihan.”

“Mungkin kita yang tidak nampak corak formasi sebegitu di perlawanan sebelum ini.”

Jawabnya kepada Harimau Malaya.

Beliau percaya ianya bukanlah suatu experiment seperti yang berperkatakan ramai penyokong, sebaliknya tegaskan bahawa jurulatih itu sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri.


Merasakan kekalahan sebagai suatu lumrah didalam sukan bola sepak, Fadzli berkata perlawanan ‘pelengkap’ menentang Korea Selatan Khamis ini adalah demi menjaga maruah negara selain untuk melihat sejauh mana tahap skuad kebangsaan pabila bertemu pasukan yang jauh sebegitu.

Fadzli yakin perasaan para pemain pastinya bercampur baur sewaktu berlawan dengaj Jordan tempoh hari.

“Bukan hanya gemuruh, tetapi ianya bercampur baur kerana mereka terlalu banyak berfikir. Inginkan kemenangan, namun memikirkan bagaimana sekiranya kalah. Terlalu banyak tekanan.”

“Bagi saya nervous itu sudah tentu, tetapi paling lama masanya adalah selama lima ke sepuluh minit. Bagi keseluruhan pasukan pula selama 15 hingga 20 minit.”

Mengenangkan kembali detik kekalahan perlawanan pertama skuad Harimau Malaya di Piala Asia 2007, beliau yang termasuk di dalam skuad itu dedahkan bahawa hanya suasana sunyi yang menyelubungi bilik persalinan.

“Memang senyap ketika itu, umpama boleh dengar bunyi cicak. Dalam bas baru ada yang bercakap.“

“Terlalu kecewa sehingga semuanya diam membisu.”

Baginya meskipun rata-rata Ekor Harimau Malaya sukar untuk menerima kekalahan itu, namun keadaan itu bagaikan “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” melihatkan kekecewaan mereka yang beraksi di atas padang.

“Jadikan ia sebagai iktibar, selagi wisel penamat belum berbunyi, kita masih ada peluang.”