Jurgen Klinsmann berang dengan aksi pasukannya seri dengan Malaysia

202

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann berang dengan aksi pasukannya apabila mereka sekadar seri 3-3 dengan Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023 petang tadi.

Keputusan itu menyaksikan mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga kedua dengan lima mata sekaligus layak ke pusingan 16.


“Enam gol termasuk gol di saat-saat akhir Malaysia. Saya mara dengan corak permainan pasukan saya. Kami menguasai perlawanan lebih 85% tapi kita gagal menjaringkan banyak gol, sebaliknya kita melepaskan gol termasuk bolos di saat-saat akhir,”

katanya.

Klinsmann pada masa sama turut menyangkal spekulasi kononnya mereka sekadar mahu seri kerana mahu mengelak dari bertemu musuh tradisi mereka iaitu Jepun di pusingan 16.

“Selesai sudah aksi di peringkat kumpulan dan fokus kami kini adalah pusingan 16. Bukan kami rancang nak bolos tiga gol untuk elak bertemu dengan Jepun.

Pemain saya sudah memberikan yang terbaik dan mencipta banyak peluang tetapi Malaysia bertahan dengan cukup hebat. Kita harus beri mereka kredit.”

Dalam pada itu, jelas Klinsmann sekiranya Korea Selatan mahu mencabar kejuaraan mereka perlu menewaskan semua pasukan.

Beliau pada masa sama turut gembira apabila beberapa pemainnya yang mengalami kecederaan sebelum ini sudah pulih untuk diturunkan.

“Kita perlu beri aksi yang lebih baik dalam aksi kalah matin anti. Beberapa pemain yang cedera sudah kembali bersama pusukan.

Saya dan barisan kejurulatihan juga akan melihat dan memperbaiki kelemahan kami apabila dalam melakukan transisi.”

Beliau pada masa sama juga memberitahu bahawa anak buahnya bersedia untuk menghadapi Arab Saudi pada perlawanan pusingan 16 nanti.