Malaysia berhak dapat 1 mata – Son Heung-min

1,311

Penyerang sensasi Korea Selatan, Son Heung-min memberitahu pasukan Malaysia layak untuk mendapat satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan E Piala Asia 2023 yang berlangsung petang tadi.

Menurut Son, biarpun ia keputusan yang tidak baik untuk mereka namun beliau memberi kredit kepada pasukan lawan.


“Ia memang keputusan yang sukar untuk kami, tapi kredit untuk pasukan lawan kerana mereka berjuang habis-habisan sehingga ke minit terakhir permainan.

Memang kami kecewa dengan permainan kami hari ini tapia pa yang penting kita perlu fokus dan bersiap sedia untuk pusingan 16 nanti,”

katanya.

Biarpun kecewa dengan aksi pasukannya, namun beliau tumpang gembira dengan prestasi pasukan lawan.

Oleh itu, beliau mahu pasukannya menjadikan perlawanan tadi sebagai ‘wake up call’ untuk mereka lebih bersedia untuk aksi akan datang.

Dalam pada itu, beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai pertikaian keputusan VAR (video bantuan pengadil) yang menyaksikan dua penalti diberikan selepas pengadil menggunakan VAR.

“Kita boleh bercakap satu hari mengenai keputusan VAR, tapi kita perlu hormat keputusan pengadil kerana mereka dibantu oleh monitor untuk melihat semula insiden yang berlaku.”

Sementara itu, Son juga menyuarakan kekecewaannya terhadap kritikan melampau yang dilontarkan kepada rakan sepasukan yang mana ia memberi impak kepada pemain.

“Saya mohon wartawan untuk berada dibelakang pemain-pemain kerana saya sedih melihat rakan sepasukan menjadi mangsa tohmahan di mana ia ternyata memberi impak di bilik persalinan.

Jadi saya minta tolong untuk lindungi pasukan dan rakan sepasukan saya.”