Romel Morales hadiahkan gol pertama peminat yang mempercayai sejak dari mula
Penyerang naturalisasi negara, Romel Morales hadiahkan gol pertamanya buat pasukan kebangsaan Malaysia kepada semua pihak dan peminat yang mempercayainya sejak dari mula.
Romel berkata demikian selepas menjaringkan gol ketiga yang juga merupakan gol penyamaan sekaligus memusnahkan impian Korea Selatan untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023.
“Saya berasa cukup gembira dan bangga terutamanya saya dapat bantu pasukan kebangsaan yang mana mereka mempercayai saya sejak dari momen pertama lagi.
Rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan sentiasa memberi sokongan kepada saya jadi gol ini adalah untuk mereka, untuk negara dan juga kepada peminat,”
katanya.
Tambahnya lagi, beliau dan rakan sepasukan berjuang di atas padang bukan untuk pasukan tetapi untuk negara dan membuktikan kepada semua bahawa kami boleh berjuang dengan sesiapa sahaja.
Dalam pada itu, disebalik kualiti yang ada pada pasukan lawan, Romel tetap percaya dengan kemampuan pasukannya untuk memberikan tentangan hebat.
“Kami tahu perlawanan tadi adalah perlawanan yang cukup sukar tapi kami hanya fokus pada pasukan sendiri dan saya yakin kita akan mempunyai ruang dan peluang kerana kita mempunyai pemain laju di hadapan.”