Hwang Hee-chan berkata mereka sudah sedia jumpa mana-mana pasukan di pusingan 16 Piala Asia 2023
Bintang sensasi Korea Selatan, Hwang Hee-chan berkata mereka sudah bersedia untuk bertemu dengan mana-mana pasukan yang menanti mereka di pusingan 16 Piala Asia 2023 nanti.
Hee-chan berkata demikian selepas pasukannya terpaksa berpuas hati selepas terikat 3-3 dengan Malaysia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan tadi.
“Kami akan pamerkan aksi yang lebih baik pada perlawanan akan datang nanti. Kami perlu perbaiki beberapa kelemahan sebelum aksi seterusnya,”
katanya.
Beliau turut menyangkal spekulasi peminat yang mengatakan Korea Selatan sengaja ‘buang’ perlawanan supaya dapat mengelak dari bertemu Jepun di pusingan 16.
“Kami tidak pernah fikir mengenai perkara itu kerana tak kisah siapa lawan Korea Selatan di pusingan 16, kami boleh kalahkan mana-mana pasukan.”
Sebelum kejohanan Piala Asia bermula, Hee-chan dan rakan sepasukan Son Heung-min merupakan pemain yang menjadi tumpuan peminat berikutan mereka berdua beraksi di liga terbaik dunia Liga Perdana Inggeris (EPL).