Insentif ‘one-off’ RM5 juta hanya untuk keperluan pembangunan bola sepak – Hannah Yeoh
Susulan pengumuman penerimaan insentif one-off oleh pihak kerajaan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengingatkan bahawa ianya hanya boleh dimanfaatkan buat keperluan pembangunan sukan bola sepak.
“Peruntukkan RM5 juta ini tidak boleh digunakan untuk membiayai gaji pekerja FAM, kelengkapan utiliti serta sewaan pejabat.”
Katanya ketika ditemui di Restoran Pelita, Jalan Ampang hari ini.
Beliau menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat berpuas hati dengan prestasi skuad Harimau Malaya kelmarin.
“Harimau Malaya layak untuk terus langkah ke hadapan. Sebagai tanda sokongan, geran ini diturunkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) kepada FAM bagi meneruskan aktiviti untuk pasukan mereka.”
Pabila disoal mengenai pengawalan seeta pemantauan wang insentif tersebut, Hannah menjawab bahawa ianya boleh diperiksa boleh pegawai MoF dan Jabatan Audit Negara.
“Sekiranya wang tersebut tidak habis digunakan, ianya perlulah dikembalikan semula kepada pihak MoF.”
“MoF akan pantau melalui laporan prestasi pebelanjaan dan status pelaksanaan yang perlu dikemukakan kepada MoF.”
Hannah turut memohon orang ramai untuk tidak terlalu menggesa bagi penukaran pengurusan bola sepak negara.
“Kim Pan-gon memerlukan masa dua tahun untuk menyakinkan semua.”