Pratama Arhan berkata mereka sudah sedia gempur Australia

213

Pemain sensasi kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan memberitahu bahawa beliau dan rakan sepasukannya sudah bersiap sedia untuk menentang pasukan Australia dalam aksi pusingan 16 Piala Asia 2023 esok.

“Persiapan pasukan cukup baik ketika ini dan setiap pemain akan mengikuti apa yang sudah dirancang oleh ketua jurulatih.

Kami juga sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizkal dan beri jaminan kami akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan esok,”

katanya.

Terdahulu Indonesia telah mencipta sejarah apabila berjaya layak ke pusingan kalah mati buat pertama kali hasil satu kemenangan ke atas Vietnam.


Dalam pada itu, bagi ketua jurulatih Sang Garuda iaitu Shin Tae-yong mengakui perlawanan menentang Australia akan menjadi cukup sukar kerana mereka adalah pasukan pilihan untuk kejohanan ini.

Tae-yong bagaimanapun tetap optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk beri saingan sengit.

“Ia akan menjadi perlawanan yang cukup sukar kerana pasukan Australia merupakan salah sebuah pasukan terkuat di Asia yang mana mereka ada kekuatan dari segi ‘strength & power’.

Tapi kami mempunyai persiapan yang bagus dan kami akan pamerkan ‘good energy’ daripada pemain muda, jadi saya harap perlawanan esok akan menjadi menarik.”

Sementara itu, biarpun menyedari kesukaran pada perlawanan esok beliau tetap optimis dan berharap agar pasukannya mampu layak ke peringkat suku akhir, pada masa sama berharap Korea Selatan juga mampu menewaskan Arab Saudi.

“Kita ada kemungkinan boleh menang dengan Australia mungkin 30%, manakala Korea Selatan pula punya 40% untuk menang dengan Arab Saudi.

Jadi saya harap kami dapat menang dan Korea Selatan juga dapat menang supaya kami dapat bertemu di suku akhir nanti.”