Kami mahu cipta sejarah esok di Piala Asia 2023 – Sandy Walsh

96

Pemain warisan pasukan kebangsaan Indonesia, Sandy Walsh memberitahu bahawa mereka mahu cuba mencipta sejarah baru esok dalam aksi pusingan 16 Piala Asia 2023 menentang Australia.

Menurut Walsh, bermain di pusingan kalah mati adalah berbeza dari bermain di peringkat kumpulan, oleh itu beliau berkata apa sahaja boleh berlaku pada perlawanan esok.


“Kami akan menjadi pasukan ‘underdog’ esok. Memang kami letak sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan dan berjaya merealisasikannya, tapi ia tidak bermakna kami akan berhenti di sini.

Bagi saya bermain di peringkat kumpulan dan aksi kalah mati adalah dua kejohanan berbeza. Apa saya boleh terjadi dan saya kami akan memberikan aksi terbaik kami bagi mencipta sejarah baru esok,”

katanya.

Hadir dengan skuad muda, skuad kendalian Shin Tae-yong telah mencipta sejarah apabila berjaya mara ke pusingan 16 selepas memperoleh satu kemenangan.

Dalam pada itu, pemain berusia 28 tahun itu turut berkongsi mengenai persiapan pasukan yang berjalan dengan cukup lancar sekali.

Mengakui Australia adalah sebuah pasukan yang hebat, Walsh berkata mereka akan cuba mencari kelemahan pasukan lawan untuk mengatasi pihak lawan nanti.

“Latihan hari ini sangat penting untuk kami memperbaiki segala kelemahan dan memantapkan permainan esok.

Kami juga sudah mengadakan perbincangan dengan staf video analisis untuk mengenal pasti kekuatan Australia yang mana kita tahu mereka sangat efektif dengan hantaran silang dan ‘set pieces’.

Mereka adalah sebuah pasukan yang hebat dari pelbagai sudut, tapi kami sudah mengenal pasti kelemahan mereka dan akan cuba ‘menyelesaikan’ masalah tersebut dan jaringkan gol.”