Walaupun kami tewas tapi kami tidak rasa seperti kalah 4-0 – Shayne Pattynama

134

Pemain sensasi pasukan kebangsaan Indonesia, Shayne Pattynama tetap gembira dan berpuas hati dengan persembahan pasukannya biarpun mereka tewas 4-0 kepada Australia dalam aksi pusingan 16 Piala Asia 2023 petang tadi.

“Kita mempunyai pemain-pemain muda dalam skuad kali ini dengan ada pemain berusia 19, 20 dan 21 tahun dan ketua jurulatih Shin Tae-yong menampilkan skuad muda kali ini kerana mahu tingkatkan kualiti pasukan selepas ini.

Bersaing dengan pasukan terbaik kami telah buktikan yang kami mampu beri cabaran. Sudah tentu kami tewas 4-0 tapi kami tidak rasa seperti tewas 4-0. Kami sangat positif ketika ini,”

katanya.

Pattynama yang merupakan pemain warisan yang beraksi di liga Eropah di Norway bersama kelab Viking dengan prestasi yang dipamerkan oleh skuad Garuda di kempen Piala Asia kali ini, mereka perlu terus konsisten untuk pergi lebih jauh.


“Pasukan kini sudah baik ketika ini dan jika anda terus konsisten dengan permainan kami seperti ini pastinya kami boleh pergi dengan lebih jauh lagi selepas ini.”

Terdahulu, skuad Garuda menjadi sebuah tumpuan ramai apabila mereka merupakan salah sebuah pasukan yang mempunyai pemain termuda namun berjaya cipta sejarah apabila berjaya layak ke pusingan 16 hasil satu kemenangan dan dua kekalahan.