Bagai sirih pulang ke gagang, Wan Kuzain perlu buktikan kredibiliti iringi Harimau Malaya
Kini tiba masanya buat Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal untuk buktikan kepada penyokong tegar bola sepak tanah air bahawa beliau layak berada di dalam skuad utama Harimau Malaya!
Menyaksikan bualan hangat mengenai pemain berdarah ‘warisan’ Malaysia – Amerika Syarikat itu ke pasukan kebangsaan baru-baru ini, ada juga yang ternyata menyuarakan respon kurang setuju mengenai taraf kelayakan beliau.
Mungkin juga para penyokong boleh memberi sedikit ruang buat beliau dari terus bertatih di liga bawahan bola sepak di Amerika Syarikat.
Melihatkan dari segi umur juga, Wan Kuzain yang kini bakal mencecah usia 26 tahun seharusnya sudah berada di prime time beliau, dimana inilah detik zaman kegemilangan dalam kariernya.
Sumber pernah mendapati bahawa beliau akan mewakili Amerika Syarikat didalam kejohanan Piala Dunia FIFA yang akan datang, namun bukankah lebih baik sekiranya bintang tengah St. Louis City 2 itu akhirnya ‘pulang ke gagang’ dan berjasa kepada skuad kebangsaan?
Namun begitu, ada yang juga yang berpendapat bahawa beliau disarankan untuk memulakan aksinya di Harimau Malaya dengan menyertai semua perlawanan persahabatan terlebih dahulu, dari terus disenaraikan ke kejohanan yang lebih tinggi.
Ini bagi memberikan ruang untuk beliau ‘membiasakan’ (familiar) dengan corak permainan skuad secara keseluruhannya serta komunikasi atas padang bersama para pemain.
Tidak dinafikan, beliau dialu-alukan untuk dimasukkan bersama skuad Harimau Malaya namun tempoh pengalaman bersama pasukan juga penting untuk dititikberatkan, selain untuk memastikan konsistennya kualiti persembahan yang beliau pamerkan tetapi juga demi mengelakkan persalahfahaman dan kontroversi tentang pemain seperti yang berlaku baru-baru ini.
Berikan masa, ruang dan peluang buatnya demi bersinar dengan lebih baik di skuad kebangsaan suatu hari nanti.