Adakah Romel Morales akan tersenarai ke kelayakan Piala Dunia 2026 selepas kembalikan kepercayaan ramai penyokong?
Dua kali kemunculan pemain naturalisasi terbaharu, Romel Morales di Piala Asia 2023 baru-baru ini ternyata menjadi topik hangat para penyokong disebabkan aksi beliau yang mengecewakan.
Namun disebalik kehampaan itu, beliau muncul sebagai ‘wira tak didendang’ pasukan yang terbukti menyelamatkan skuad Harimau Malaya di saat akhir sekaligus menghadiahkn mata tunggal buat negara.
Itu sedikit sebanyak telah mengubah persepsi penyokong tegar bola sepak tanah air dalam menilai pemain naturalisasi, khususnya buat Romel.
Pada kejohanan kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan bersambung bulan Mac kelak, adakah Romel sekali lagi akan menjadi pilihan skuad utama kebangsaan?
Melihatkan kelebihan kemunculan beliau di Piala Asia 2023 yang sudah mengetahui lebih kurangnya bermain mewakili negara di pentas Asia.
Mungkinkah kali ini ramai yang sudah lebih mempercayai kredibiliti serta kebolehan beliau di atas padang?
Atau ada yang masih belum mengakui kelincahan aksi beliau dan menginginkan bukti yang lebih lagi.
Sudahkah rakyat Malaysia bersedia dengan kejutan hebat sekali lagi dari Romel?
Topik ini mungkin akan menjadi tanda tanya berlarutan memandangkan di permulaan kejohanan itu November lalu, Romel belum lagi dimasukkan sebagai pemain naturalisasi.
Barangkali beliau pastinya akan diberi peluang untuk sekurang-kurangnya tersenarai didalam skuad namun akan ‘disimpan’ dan diberi peluang beraksi di penghujung perlawanan seperti apa yang berlaku tempoh hari.
Diharapkan kehadiran beliau dapat perlahan-lahan diterima para penyokong dan Romel juga dapat mengembalikan kepercayaan mereka terhadap kebolehan dirinya.