Bojan Hodak yakin KL City FC mampu lepasi peringkat kumpulan Piala AFC
Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak menyuarakan keyakinannya terhadap pasukan yang akan beraksi di saingan Piala AFC musim ini.
Menurut Bojan, walaupun kebanyakan pemain-pemainnya tidak pernah bermain di pentas Asia namun semangat mereka sangat berkobar-kobar untuk beraksi dalam saingan Piala AFC.
“Kebanyakan pemain saya tidak pernah bermain di Piala AFC dan kebanyakan daripada mereka kini sentiasa bercakap mengenai Piala AFC dari saingan liga tempatan.
Bagaimanapun ia tidak bermakna kami tidak akan fokus pada Liga Malaysia tetapi fokus pemain ketika ini adalah untuk memberikan yang terbaik. Anda boleh jangka sesuatu mengejutkan akan berlaku,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Bojan mengakui KL yang diundi dalam kumpulan H bersama pasukan Tampines Rovers (Singapura) dan PSM Makassar (Indonesia).
“Kami berada dalam kumpulan yang agak sukar kerana hanya ada tiga pasukan sahaja berikutan pasukan dari Myanmar yang sepatutnya rebut satu slot dari play-off telah menarik diri. Kedua-dua pasukan itu mempunyai pengalaman di pentas Asia tetapi saya percaya kami mampu beri saingan sengit untuk lepasi peringkat kumpulan.”
Dalam pada itu, bekas pengendali skuad B-19 Harimau Malaya berkata musim ini mereka merekrut ramai pemain-pemain muda kerana tidak mempunyai bajet yang besar tetapi saya yakin kami dapat tingkatkan prestasi mereka untuk jadi seorang pemain berkualiti.
Untuk musim 2022 KL telah menandatangani beberapa pemain muda antaranya Azri Ghani, Nabil Hakim, Nik Umar dan Muhamad Faudzi.
Selain itu, KL juga dilaporkan bakal menandatangani kembar Ryan Lambert iaitu Dechlan untuk sertai pasukan itu untuk musim ini bagi memperkuatkan barisan pertahanan.
KL akan memulakan kempen Liga Malaysia menentang juara lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut Piala Sumbangsih.