Christian Rontini & Hilal El Helwe sah pemain import baru Penang FC

816

Pasukan Penang FC dilaporkan sah membawa masuk pemain kacukan Filipina-Itali, Christian Mangaron Rontini sebagai import kuota Asean.

Walaupun nama pemain itu belum diumumkan secara rasmi, namun menerusi satu posting laman rasmi Facebook Penang Football Club telah mengesahkan bahawa pemain kebangsaan Filiipina itu telah tiba dan kini sedang menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari.


Menguatkan lagi khabar angin mengenai nama pemain itu apabila dalam posting tersebut Penang turut meletak hastag CR32 yang merujuk kepada namanya Christian Rontini dan 32 adalah nombor jersinya.

Sebelum pulang ke Filipina, Christian telah bermain bersama pasukan Sangiovannese di Itali sebelum berhijrah ke Azkals Development Team.

Christian juga pernah mewakili Filipina untuk pasukan B-22 Olimpik, Filipina B-23 dan skuad senior Filipina. Posisi utama pemain berusia 22 tahun ini adalah di bahagian pertahanan tengah.

Sementara itu, pasukan Harimau Kumbang juga membawa masuk penyerang dari kacukan Jerman-Lebanon iaitu Hilal El-Helwe.

Walaupun masih belum diumumkan tetapi carian dalam Transfermrkt.com pasukan Penang menyaksikan nama Hilal sudah berada dalam senarai pemain pasukan itu untuk musim ini.

Hilal memulakan karier bola sepaknya di liga Jerman apabila pernah bermain untuk TSV Havelse, Vfl Wolfsburg II, Hallescher FC, Apollon Smyrnis dan SV Meppen sebelum berhijrah ke Jordan untuk bermain dengan Al-Faisaly.

Beliau kemudian berhijrah ke pasukan Ahed yang berpengkalan di Lebanon. Hilal juga sudah membuat penampilan sebanyak 41 kali bersama skuad Lebanon dan telah menjaringkan sembilan gol.

Kehadiran dua pemain terbaru itu melengkapkan kuota pemain import Penang yang mana sebelum ini mereka sah akan menggunakan khidmat Rafael Vitor, Endrick dos Santos dan Casagrande.