Sasaran utama kami adalah untuk menang setiap perlawanan – Alvin Fortes
Pemain import baharu Selangor FC, Alvin Fortes memberitahu bahawa persiapan pasukannya hampir lengkap dan mereka akan bersedia sepenuhnya menjelang aksi pertama Liga Super yang juga merupakan perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei ini.
“Saya rasa bagus untuk kita bermain di kejohanan ini (KUSEL Asia Challenge 2024) yang mana ia dapat membantu kami menyesuaikan diri dengan taktikal yang mana ia berjaya buat kami.
Tapi kami perlu cuba banyak perkara lagi kerana kami belum bersedia tapi hampir bersedia sepenuhnya untuk bertemu JDT nanti,”
katanya.
Pada aksi KUSEL Asian Challenge 2024, Selangor telah berjaya menjulang kejuaraan selepas menewaskan Young Elephants 4-0.
Dalam pada itu, Fortes juga berkata beliau kini semakin serasi dengan rakan sepasukan dan tidak sabar untuk beraksi nanti.
Beliau pada masa berkata sasarannya untuk musim pertama di Gergasi Merah Kuning adalah untuk cuba menang dalam setiap perlawanan.
“Bagi kami perkara nombor satu adalah untuk menang setiap perlawanan termasuk perlawanan penting.”
Sementara itu, beliau tidak meletakkan JDT sebagai keutamaan sebaliknya berkata setiap perlawanan sangat penting buat mereka.
“Kita tidak melihat JDT sahaja, sebaliknya setiap perlawanan sangat penting untuk kami musim ini dan saya rasa dengan jurulatih Nidzam dan pemain berkualiti, kami berpeluang untuk cemerlang.”