Merqeen teruja dapat rasai sendiri pengalaman jadi pemain bola sepak
Pelakon utama filem “Harimau Malaya: The Untold Journey”, Merqeen mengakui berasa cukup bangga apabila dapat menjayakan watak sebagai pemain bola sepak kebangsaan.
“Pengalaman yang menarik yang mana saya diberikan peluang untuk menjadi pemain bola sepak untuk rasa apa yang mereka rasa iaitu orang lain yang sebelum ini tak tahu apa yang mereka rasa.
Untuk sama-sama menjayakan watak sebagai pemain bola sepak dengan latar belakang sedemikian, saya rasa ia satu penghargaan buat saya,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Menurut Merqeen, apa yang membuatkan beliau lebih teruja menjayakan watak ini adalah mereka sendiri dapat mengekalkan gaya hidup sihat.
“Berlakon dalam filem ini bukan sahaja dapat mengasah bakat lakonan saya sahaja, malah saya boleh belajar banyak yang mana sepanjang tempoh penggambaran kami makan makanan sihat, kami buat aktiviti sihat setiap hari untuk tubuh.
Jika ada peluang lagi, sudah pasti saya akan buat lagi.”
Dalam pada itu, Merqeen turut berasa gembira dengan sambutan dan maklum balas positif yang diterima oleh penonton.
“Saya rasa cukup dihargai apabila sudah ada orang tengok karya saya yang merupakan filem pertama saya dan saya harap filem ini dapat pergi lebih jauh.”