Pemain tempatan perlu ‘fight’ untuk dapatkan tempat dalam skuad – Shahrel Fikri

64

PDRM FC pasukan yang tepat untuk saya kembali ke prestasi sebenar – Shahrel Fikri

Pemain penyerang baharu PDRM FC, Shahrel Fikri tiada masalah untuk bersaing dengan pemain import untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.


Menurut Shahrel atau lebih mesra dengan panggilan Eky, beliau berkata setiap pemain tidak kira pemain import atau tempatan perlu bersaing secara sihat bagi merebut tempat dalam pasukan.

“Persaingan itu memang ada jadi kita sebagai pemain tempatan perlu bekerja keras. Pemain import sememangnya sudah ada tempat mereka, sebab mereka import.

Jadi sebagai pemain tempatan kita kena kerja lebih kuat untuk ‘fight’ tempat

katanya kepada Harimau Malaya.

Bermain di posisi penyerang menyaksikan Eky sendiri menyedari yang beliau perlu bekerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan tempatnya dalam pasukan kerana posisi penyerang di mana-mana kelab ketika ini didominasi oleh pemain import.

“Pemain import ada kelebihan mereka sendiri, jadi sebagai pemain tempatan kita tidak boleh buat apa cuma kita kena kerja kuat dan kuatkan mental untuk berada di tahap paling tinggi untuk masuk dalam kesebelasan utama.”

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan pra musim pasukan The Cops musim ini, penyerang pasukan kebangsaan Harimau Malaya ini berkata semuanya berjalan dengan lancar dengan pasukan memperlihatkan peningkatan dari hari ke hari.

Beliau pada masa sama juga berkata apa yang membuatkan beliau menyertai PDRM pada musim ini kerana prestasi yang dipamerkan mereka pada musim lalu di mana mereka diberi gelaran ‘Giants Killer’.

“Kita nampak PDRM mereka mempunyai keinginan untuk bersaing seperti musim lalu kita lihat mereka digelar ‘Giants Killer’ yang mana mereka berjaya tewaskan pasukan-pasukan besar jadi saya rasa PDRM adalah pasukan yang tepat untuk saya kembalikan prestasi saya.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen