Dilabel sebagai ‘hot talent’ tak buat Syahir Iqbal rasa istimewa sebaliknya fokus mahu bantu pasukan berjaya

184

Pemain muda sensasi Selangor FC Futsal, Syahir Iqbal Khan tidak pernah tahu dirinya dilabel sebagai ‘hot talent’ dalam arena futsal ketika ini kerana baginya apa yang penting adalah untuk bantu pasukannya memperoleh keputusan positif dalam setiap perlawanan.

“Itu saya tak tahu, mungkin ada pasukan-pasukan yang buat ‘scouting’ pemain tapi bagi saya sama saja semua.

Saya hanya mahu buat yang terbaik untuk pasukan, jadi mereka ‘jaga’ saya macam mana sekali pun saya tetap akan buat yang terbaik untuk pasukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Syahir berkata demikian selepas tamat perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan gergasi futsal dari Indonesia iaitu Black Steel FC yang mana Selangor terpaksa akur 3-1.


Menurut Syahir, perlawanan berlangsung dengan baik tapi akibat kepenatan dan tak mampu nak ‘settle down’ jadi punca kepada kekalahan mereka.

“Bagi saya perlawanan kami hari ini memang ‘fight’ cuma di saat-saat akhir itu mungkin kami dah penat sangat dan tak ‘settle down’ menyebabkan kami bolos dua gol.

Tapi Alhamdulillah kami dapat seimbangkan perlawanan ini dengan pasukan Black Steel yang orang tahu di Indonesia sebuah pasukan ‘solid’ jadi Alhamdulillah kita dapat beri saingan sengit kepada mereka.”

Dalam pada itu, Syahir turut bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap pemain kebangsaan Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah acid baru-baru ini.

Beliau juga berkata insiden tersebut turut membuatkan beliau dan rakan sepasukan lain lebih berhati-hati kerana bimbang futsal pula akan jadi mangsa selepas ini.

“Kami sepasukan sentiasa berdoa untuk Faisal Halim supaya cepat sembuh sebab sedih juga dengan berita seperti itu dan kami juga perlu berhati-hati takut futsal pula jadi mangsa selepas ini.”

Sementara itu, beliau pada masa sama turut berasa bangga apabila dijadikan sebagai contoh terbaik kepada pemain-pemain futsal di peringkat akar umbi yang sedang berkembang di Kelantan.