Keadaan padang sukarkan kami untuk terapkan perancangan jurulatih – Ifedayo Olusegun

34

Penyerang import PDRM FC, Ifedayo Olusegun kecewa dengan kekalahan pasukannya 1-0 kepada Kedah Darul Aman FC pada perlawanan pertama Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Menurut Ifedayo, bolos di awal perlawanan telah membuatkan percaturan mereka terjejas.


“Kami bolos di awal perlawanan yang mana ia sedikit sebanyak telah merencatkan percaturan kami untuk ‘approach’ perlawanan ini.

Saya rasa semua juga dapat melihat keadaan padang yang mana ia membuatkan sukar untuk menterjemahkan taktikal yang dimahukan ketua jurulatih. Kondisi padang memang menjejaskan kami hari ini,”

katanya.

Tidak hanya PDRM, pasukan lawan turut berdepan masalah sama apabila berjaya bermain dengan baik dalam tempoh 20 minit pertama sebelum hujan lebat turun yang menyebabkan padang bertakung air sekaligus menyukarkan kedua-dua pasukan untuk bermain seperti biasa.

Dalam pada itu, beliau bagaimanapun memuji persembahan rakan sepasukannya yang mana beliau sendiri mengakui mereka bermain dengan baik dan sekiranya padang dalam keadaan baik mereka pasti akan dapat keputusan yang positif.

“Walaupun ini perlawanan pertama jika anda melihat apa yang pemain-pemain buat hari ini yang mana anda tidak boleh berkata mana-mana pemain tidak beri aksi terbaik baik dari kesebelasan utama hingga ke pemain simpanan.

Saya secara peribadi kami bermain dengan cukup baik hari ini tapi inilah bola sepak, pemenang adalah pasukan yang terbaik cuma harapan saya perlawanan seterusnya kita akan menang.”

Beliau pada masa sama turut berkata sebagai seorang penyerang tidak semua perlawanan beliau dapat jaringkan gol dalam aksi liga.

“Bukan kali pertama saya tidak dapat jaringkan gol pada perlawanan pertama, apa yang penting adakan untuk kekal positif dan optimis.”

Sementara itu, untuk aksi kedua mereka akan turun ke Stadium Ipoh untuk menentang Perak FC.