Xwin akui masih terkesan dengan kecaman daripada penyokong Homebois
Pemain dari pasukan King Empire, Xwin mengakui berasa terkesan dengan kecaman daripada penyokong selepas tewas kepada Homebois baru-baru ini sehingga tidak dapat mempamerkan aksi konsisten.
Perlawanan minggu ke-enam Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) menyaksikan King Empire tewas 2-1 kepada Team Haq.
“Mungkin ada sedikit pengaruh waktu lawan Homebois yang beri kesan sehingga ke hari ini,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Biarpun tewas, King Empire turut menjadi pasukan yang berjaya layak ke ‘play off’.
Dalam pada itu, Xwin berkata tempoh rehat dua minggu akan digunakan sebaiknya untuk kembali ke prestasi sebenar.
“Pastinya kita akan cuba buat yang terbaik untuk aksi ‘play off’ nanti kerana kita tak mahu sia-siakan peluang ini.”
Beliau enggan meletak sasaran untuk menjadi juara sebaliknya berkata beliau dan rakan sepasukan akan memberikan aksi terbaik mereka.
“Kita harus yakin dan percaya dengan pasukan, pasti boleh pergi jauh. Kalau boleh jadi juara, Alhamdulillah.”