Jurang pasukan di ASEAN semakin dekat – Madame Pang

46

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau lebih dikenali dengan Madame Pang berkata jurang bola sepak dalam kalangan pasukan di Asia Tenggara (ASEAN) ketika ini semakin dekat.

Menurut Madame Pang, walaupun Thailand kini berada di ranking tertinggi iaitu ke-101 dunia tapi pasukan dari negara jiran telah memperlihatkan peningkatan yang drastik sejak kebelakangan ini.


“Setiap negara ketika ini terutamanya di Asia dan terutamanya Asia Tenggara, ‘level’ bola sepak semakin dekat.

Walaupun kami (Thailand) kini berada di kedudukan ranking ke-101 tapi sekarang ini bola sepak di setiap negara semakin membangun,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Madame Pang yang juga merupakan pengurus pasukan kebangsaan lelaki Gajah Perang telah dipilih untuk menggalas tanggungjawab besar sebagai Presiden FAT yang baharu.

Rata-rata pakar bola sepak di Thailand menyifatkan pemilihan Madame Pang sebagai presiden badan induk bola sepak negara itu sebagai satu keputusan yang tepat kerana beliau mampu untuk menaikkan bola sepak negara.

“Perkara paling penting adalah untuk ‘develop’ bola sepak di mana bola sepak kini bukan sekadar sukan kerana ia juga boleh menyumbang kepada banyak perkara seperti ekonomi, sosial, budaya dan hubungan di antara setiap negara.

Walaupun saya berjaya menang besar dalam pemilihan FAT, saya masih perlukan sokongan daripada kerajaan dan saya rasa Perdana Menteri kita juga mempunyai sasaran yang sama dengan kita.”