Malaysia sepatutnya lebih menghargai Lim Teong Kim – Witthaya Laohakul

23

Ketua jurulatih Chonuri FC yang juga merupakan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Witthaya Laohakul berkata Malaysia sepatutnya lebih menghargai figura seperti Lim Teong Kim (LTK).

Ini kerana menurut Witthaya Laohakul, Teong Kim mempunyai pengalaman yang cukup luas di Eropah yang mana ia boleh membantu pasukan kebangsaan negaranya.


“Ya saya tahu beliau menjadi jurulatih di Jerman dan apabila beliau pulang ke tanah air, beliau mengendalikan pembangunan akar umbi (AMD).

Saya rasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menyokong orang seperti LTK kerana beliau mempunyai pengalaman,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selepas pulang dari Jerman, Teong Kim telah dilantik menjadi Pengarah di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dari tahun 2013 hingga 2019 sebelum kontraknya ditamatkan.

Beliau kemudian mengendalikan pasukan Perak FC namun jodohnya bersama kelab itu hanya bertahan untuk semusim sahaja.

Sebelum menjadi jurulatih untuk pasukan B-19 Bayern Munich, Teong Kim juga pernah bermain di sana bersama kelab Hertha BSC pada 1987.

Dalam pada itu, Witthaya Laohakul juga merupakan bekas pemain Hertha BSC di mana beliau bermain dari tahun 1979 hingga 1981 dengan membuat penampilan dalam 33 perlawanan.

Beliau kemudian berhijrah ke 1. FC Saarbrucken pada 1982 dan turun beraksi dalam 54 perlawanan sebelum berhijrah pada tahun 1984.