Kami sudah buat yang terbaik tapi nasib tak menyebelahi KDA FC – Sony Norde

60

Ketua pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde berkata nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas tipis 1-0 kepada Selangor FC dalam aksi kedua Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hujung minggu lalu.

Menurut Sony, mereka sudah buat yang terbaik sejak dari minit pertama namun terpaksa akur apabila jaringan di lewat separuh masa kedua oleh pasukan lawan membuatkan mereka sukar untuk bangkit.


“Dengan segala masalah yang kami hadapi, kami datang untuk berjuang tapi mereka bertuah kerana nasib tidak menyebelahi kami hari ini kerana kami sudah berjuang sebaik mungkin.

Pada separuh masa kedua, pasukan lawan berjaya mendapatkan gol yang mana ia sudah terlalu lewat untuk kami bangkit jadi bagi saya Selangor berhak mendapat tiga mata itu,”

katanya.

Dalam pada itu, Sony berkata beliau dan rakan sepasukan akan terus bekerja keras untuk cuba mendapatkan kemenangan untuk aksi Perak FC di Darul Aman pada Jumaat ini.

“Kita akan terus bekerja keras untuk melihat samada kita boleh dapat tiga mata penuh di tempat sendiri menentang Perak.

Saya rasa kita perlu bekerja keras untuk perbaiki penyudah kerana itu adalah aspek yang perlu ditingkatkan kerana kita sudah berjaya main ‘ball possession’.”

Sementara itu, beliau juga berkata bukan mudah untuk dirinya menjadi ketua pasukan tapi ia satu penghormatan buat dirinya dan beliau menganggap rakan sepasukannya seperti keluarganya.