FAM dan MFL akan bantu JDT dan Selangor FC – Hamidin
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa pihaknya dan pengelola liga Malaysian Football League (MFL) akan membantu pasukan yang beraksi di pentas Asia.
Kedua-dua pasukan tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan beraksi dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) dan Selangor FC yang akan beraksi dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL 2).
“Kalau kita lihat JDT dan Selangor, JDT bermain di peringkat tertinggi ACL Elite manakala Selangor pula akan bermain di Tier 2 iaitu ACL 2.
Disebab itu walaupun kedua-dua kelab ini ditawarkan untuk bermain di ASEAN Club Championship (ACC) dan setelah saya berbincang dengan MFL, jadual tidak membenarkan dan mereka (JDT & SFC) juga tak mahu kerana nak fokus pada ACLE dan ACL 2.
Ini kerana jadual padat dengan Liga Malaysia, AFC dan panggilan kebangsaan. Oleh sebab itu, kita akan ‘polish’,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Berikutan keputusan JDT dan Selangor tidak mahu menyertai ACC, pihaknya telah memberikan slot tersebut kepada pasukan Terengganu FC dan KL City FC.
Terdahulu, Hamidin ditemui di Bangkok, Thailand menjelang Kongres FIFA ke-74.