Saya sudah buat banyak perkara untuk FIFA dan AFC bantu FAM – Hamidin
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu beliau enggan bersikap ‘masuk bakul angkat sendiri’, namun berkata beliau sudah buat apa yang termampu untuk bantu bola sepak negara.
“Saya sudah buat sesuatu untuk Malaysia kerana penting untuk saya apabila berada di sana (FIFA) dan mereka tahu apabila Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pasukan bola sepak berpotensi dan mereka tahu juga rakyat Malaysia menyukai bola sepak sama seperti Brazil.
Macam mana saya nak katakan, saya tak boleh ‘masuk bakul angkat sendiri’ tapi saya sudah buat banyak perkara untuk FIFA dan AFC bantu FAM, tapi mungkin saya tidak boleh saya ceritakan.
Mungkin satu hari nanti bila saya sudah tiada baru orang akan bercakap,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan salah seorang Exco FIFA berkata beliau akan mengambil peluang untuk bawa masuk pakar-pakar bola sepak untuk bantu bola sepak negara.
“Kita kena ambil peluang untuk kita belajar atau membawa masuk kepakaran mereka ke Malaysia untuk bantu kita dan pelbagai aspek seperti liga, futsal, kejurulatiha, VAR, kejohanan, pembangunan akar umbi, bola sepak wanita dan sebagainya.”
Sementara itu, Hamidin juga memberitahu bahawa Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino bersetuju dengan cadangannya untuk mengadakan mesyuarat FIFA Council di Kuala Lumpur nanti.