Kalau saya hebat dah lama saya berada dalam skuad Harimau Malaya – Khatul Anuar

67

Penjaga gol Kelantan Darul Naim FC (KDN), Khatul Anuar berkata beliau perlu bekerja lebih keras lagi sekiranya mahu memikat ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kim Pan-gon untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

“Kalau saya hebat dah lama saya berada dalam skuad kebangsaan, jadi untuk akan datang ini pasukan saya KDN dapat kemenangan atau kutip mata dalam setiap perlawanan.

Tiga perlawanan kalah ini orang akan nampak penjaga gol ini tidak hebat, jadi saya perlu bekerja keras lagi selepas ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada aksi ketiga Liga Super, KDN terpaksa akur apabila tewas 3-0 kepada Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).


Dalam pada itu, Khatul menuntut pasukannya untuk segera bangkit selepas mereka mengalami tiga kekalahan berturut-turut.

“Ketiga-tiga perlawanan kita tewas saya dan pasukan perlu bangkit kerana macam mana sekali pun kita perlu segera bangkit dan buat semula selepas ‘international break’ ni.

Saya memang kecewa sebab kadang-kadang kita main baik tapi tetap kita tewas, jadi kita perlu ‘refresh’ balik untuk Piala FA dan liga bulan depan.”

Sementara itu, Khatul turut berasa bangga dan gembira apabila bekas rakan sepasukannya ketika bermain di Penang FC iaitu Adib Raop dipanggil oleh Pan-gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 27 Mei 2024 bagi menghadapi perlawanan kelima dan keenam Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz di Bishkek pada 6 Jun 2024 dan menentang Chinese Taipei di Bukit Jalil pada 11 Jun 2024.