Saya yakin badminton negara boleh buat sesuatu di Olimpik nanti – Hamidin

70

Chef de Mission kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin menyuarakan keyakinan beliau terhadap pasukan badminton negara yang mampu memberikan kejayaan di temasya itu nanti.

“Kesemua pemain-pemain kita ini pernah mengalah pasukan lawan yang rankingnya lebih tinggi, jadi undian nanti sangat penting di mana kadang-kadang pasukan atau pemain yang kuat akan bertemu di peringkat awal, jadi dari situ nanti kita akan dapat tengok.

Jadi saya masih yakin badminton negara boleh buat sesuatu di Olimpik nanti,

katanya.

Hamidin berkata demikian selepas melihat prestasi semasa pemain-pemain badminton negara ketika ini termasuk prestasi ketika kejohanan Malaysia Masters 2024 baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia berjaya berjaya merangkual kejuaraan menerusi kategori beregu campuran.


Manakala perseorangan utama negara iaitu Lee Zii Jia pula berjaya mara ke final dalam keadaan cedera tewas kepada pemain No. 1 dunia Viktor Axelsen.

Dalam pada itu, Hamidin turut gembira melihat prestasi semasa Zii Jia yang semakin baik dan berharap pemain itu akan mendapat kejayaan pada kejohanan di Singapura nanti.

“Bagusnya LZJ sekarang ini beliau sedang buat kebangkitan selepas juara di Thailand, naib juara di Malaysia dek kecederaan tapi kita harap beliau akan dapat keputusan baik di Singapura dan di Jakartan nanti.”

Beliau berkata demikian ketika sidang medianya bersama atlet Aniq Kasdan (angkat berat), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Nur Aishah Mohamad Zubir (berbasikal lebuh raya) di Restoran Paya Serai, PJ Hilton, semalam.