Setahun sudah berlalu, pencarian Hawari Hashim masih diteruskan

156

Bulan ini iaitu bulan Mei merupakan waktu terbaik untuk pendaki-pendaki menakluk puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest.

Musim 2024 menandakan ulang tahun ke-71 pendakian pertama Tenzing Norgay dan Edmund Hillary yang berjaya menakluk Everest yang berketinggian 8,849 meter.


Biarpun tiada ekspedisi daripada Malaysia pada tahun ini, namun pencarian pendaki Muhammad Hawari Hashim diteruskan lagi pada tahun selepas beliau dilaporkan hilang di gunung tersebut pada Mei tahun lepas.

Hawari yang merupakan pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dikatakan berjaya menakluki puncak Everest, namun hilang ketika menuju ke Kem 3.

Susulan tiada berita mengenai Hawari sehingga tamat musim pendakian pada tahun lalu, operasi pencarian terpaksa dihentikan dan bersambung semula pada tahun ini.

Operasi pencarian kali ini yang dilaksanakan oleh Persatuan Malim Gunung Perhutanan (PMGP) dengan kerjasama Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Pioner Adventure Pvt. Ltd menawarkan ganjaran berjumlah AS$5,000 (RM23,690) akan diberikan kepada mana-mana sherpa atau individu yang memberikan maklumat mengenai lokasi Hawari.

Dilaporkan ketua Misi Everest 2023 iaitu Azim Afif kini berada di Everest untuk menyelaraskan operasi ini di lapangan dengan harapan dapat menemui pendaki negara itu sekaligus membawanya pulang ke tanah air sekaligus menamatkan penantian keluarganya yang masih mengharapkan Hawari dapat ditemui.

Negara bukan sahaja kehilangan seorang pendaki tetapi dua pendaki iaitu Awang Askandar Ampuan Yaacub yang meninggal dunia ketika menerima rawatan lanjut di Kem 4 selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Everest.

Untuk musim 2023 telah mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 18 kematian di Everest.

Sementara itu, untuk tahun ini sebanyak lapan pendaki disahkan meninggal dunia dengan terbaru pendaki daripada India meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, manakala tiga lagi pendaki hilang.

Dengan ratusan pendaki bersesak-sesak terus cuba untuk menakluk puncak Everest, jumlah kematian dan hilang dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen