King Empire sudah bersedia untuk menentang Selangor Red Giants – Benny
Pengurus pasukan e-sukan King Empire MLBB, Benny memberitahu pasukannya sudah bersedia untuk aksi menentang Selangor Red Giants (SRG) dalam perlawanan Upper Bracket Semi Final Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim ke-13.
Benny berkata demikian selepas pasukannya berjaya menewaskan pasukan Todak 3-2 dalam aksi ‘play-off’.
“Sama seperti sama hari untuk mereka buat yang terbaik. Sebenarnya hari ini punya permainan kesemua pemain tunjukkan kepada saya bahawa mereka telah tunjukkan aksi menarik dan bagi saya ia satu peningkatan buat kami,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Pada awal musim King Empire mempamerkan aksi yang cukup cemerlang namun pada penghujung sedikit menurun dan tempoh rehat dua minggu digunakan untuk memperbaiki kelemahan mereka.
“Sejujurnya pada tempoh rehat dua minggu itu kami bekerja keras untuk mencari dan memperbaiki kelemahan dan sekarang ini juga saya rasa kita boleh lagi ‘improve’ permainan kita untuk perlawanan seterusnya.”
Dalam pada itu, Benny juga memberitahu bahawa pengurusan King Empire sangat bagus berbanding pasukannya sebelum ini dan memberi sokongan padu kepada MLBB.
“Pengurusan di sini sangat bagus yang mana mereka sangat ‘supportive’ MLBB sebab pengasas-pengasas pun peminat MLBB.”