Kalau FAM tak ada bajet untuk VAR, saya boleh tolong belikan dahulu – Zamsaham
Pemilik Kelantan FC dan PSPS Riau, Norizam Tukiman mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk segera memperkenalkan penggunaan system ‘Video Assistant Referee’ atau VAR dalam saigan Liga Malaysia.
Menurut Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, penggunaan system VAR ini dapat meningkatkan kualiti dan mengurangkan kesilapan pengadil dalam membuat sesuatu keputusan di atas padang.
Zamsaham berkata sekiranya pihak FAM tidak mempunyai bajet untuk penggunaan VAR, beliau sanggup mengeluarkan wangnya sendiri untuk beli sistem itu.
“Apa yang FAM susah sangat nak perkenalkan sistem VAR ni? Apakah sebab VAR ini mahal? Jika mahal sangat saya boleh tolong belikan dan beri kepada FAM dan mungkin saya boleh buat bisnes sikit,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Tambahnya lagi, penggunaan sistem VAR pada era bola sepak moden ini sangat penting kerana pengadil dapat melihat ulang tayang sekirannya keputusan yang dibuat mendapat bantahan daripada pemain.
Jelasnya lagi sekiranya mutu pengadilan bagus, ia secara tidak langsung dapat menaikkan kualiti Liga Malaysia.
Penggunaan sistem VAR kini menjadi semakin popular apabila hampir kesemua liga di Eropah sudah menggunakan VAR.
Malah liga di negara jiran Thailand juga mula menggunakan sistem VAR pada musim ini.
Sebelum ini FAM mengakui mereka sedang memperhalusi secara terperinci berkenaan VAR yang dilaporkan akan menelan belanja sekitar tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.
Adakah FAM akan memperkenalkan sistem VAR pada musim hadapan atau beberapa musim lagi? Atau FAM tidak akan gunakan langsung sistem VAR.