OzoraVeki bangga dengan kejayaan pemainnya berjaya julang kejuaraan MPL MY

56

Pembantu jurulatih pasukan e-sukan MLBB Selangor Red Giants (SRG), OzoraVeki bangga dengan pemain-pemainnya apabila mereka berjaya menjulang kejuaraan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim ke-13.

Kejayaan itu berjaya dicapai selepas SRG berjaya menewaskan juara bertahan Homebois 4-2 dalam aksi Grand Final yang berlangsung baru-baru ini.


“Saya sangat bangga dengan pemain-pemain saya kerana sejak hari pertama sehingga ke Grand Final mereka sentiasa beri yang terbaik bukan sekadar 100% tapi 200%.

Mereka sentiasa mahu berlatih lebih dan ini membuatkan barisan kejurulatihan berasa bangga kerana kami tidak perlu ‘push’ mereka sebaliknya mereka sendiri ada keinginan untuk menjadi juara.

Jadi sebagai jurulatih kami perlu buat lebih lagi daripada apa yang mereka buat supaya kami dapat mempersiapkan mereka dengan lebih mantap bagi mengharungi saingan musim ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kejayaan SRG telah menyaksikan mereka akan mewakili Malaysia ke kejohanan MSC 2024 yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Dalam pada itu, OzoraVeki pada masa sama turut berterima kasih kepada pengurusan SRG dan Coach Arcadia yang sentiasa terbuka untuk sebarang cadangan untuk memperbaiki dan tingkatkan prestasi pasukan.

“Sangat berterima kasih kepada Boss Simon dan Coach Arcadia yang sangat bagus dan senang untuk berkomunikasi, tiada sebarang ego dan boleh mendengar pendapat pemain dan saya.”