Saya tak kira ‘clean sheet’ tapi saya kira yang bolos saja – Zawani Nisha
Penjaga gol pasukan bola sepak wanita MBSJ FC, Zawani Nisha berkata beliau sendiri tidak tahu bahawa beliau merupakan penjaga gol yang mempunyai ‘clean sheet’ paling banyak dalam saingan liga FAS Women’s Super League (WSL) musim ini.
Menurut Zawani, beliau tidak pernah kira berapa perlawanan yang beliau ‘clean sheet’ sebaliknya hanya kira berapa gol yang bolos.
“Saya mampu cakap Alhamdulillah, saya buat apa yang saya mampu saja kerana saya ‘apply’ apa sahaja yang jurulatih ajar dalam setiap perlawanan, jadi itu lah keputusannya.
Saya sendiri tidak tahu berapa banyak saya ‘clean sheet’ sampai enam perlawanan sebab memang saya tak kira, saya suka kira yang bolos sahaja kerana saya letak KPI saya untuk kurangkan bolos,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai persiapan pasukannya menjelang perlawanan akhir liga FAS Women’s Super League (WSL) menentang UiTM United Lioness pada hujung minggu ini, Zawani berkata beliau sudah bersedia.
Tambahnya lagi, beliau mahu pastikan gawangnya tidak bolos sekaligus mahu memberikan kemenangan kepada pasukannya.
Sementara itu, Zawani mengakui tidak berasa kecewa tidak mendapat panggilan pasukan kebangsaan biarpun merupakan penjaga gol cemerlang untuk beberapa musim ini.
“Saya tak pernah rasa kecewa tak dapat panggilan pasukan kebangsaan kerana saya sentiasa positif dan selalu percaya pada rezeki saya.
Kalau Allah nak bagi rezeki, memang akan bagi tapi untuk saya, saya tetap percaya pada rezeki.”