Sam Somerville sedia beri saingan sengit untuk rebut tempat Khairulazhan

195

Penjaga gol pasukan Selangor FC baru, Samuel Somerville tiada masalah untuk memberi saingan sengit kepada penjaga gol utama Khairulazhan Khalid (Yan) yang juga merupakan pemain kebangsaan.

“Bagi saya tiada masalah untuk bersaing secara sihat dengan Yan kerana kami masing-masing sering push  diri untuk menjadi terbaik.

Yan seorang pemain yang bagus dan persaingan kami akan memberi sesuatu yang positif buat pasukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pemain kacukan Malaysia-England ini turut memberitahu persiapan dirinya dengan pasukan ketika ini berjalan dengan baik sekali, malah beliau sudah mulai serasi dengan rakan sepasukan yang lain.


Sam turut percaya skuad pada musim ini mempunyai keupayaan untuk mencipta sesuatu.

Dalam pada itu, Sam mengakui sememangnya mahu mahu beraksi untuk pasukan negara tetapi tidak mahu terburu-buru.

“Saya memang sebelum ini pernah dipanggil ke kem kebangsaan tetapi tidak diturunkan. Musim ini juga saya sasar untuk beri persembahan terbaik untuk mendapat peluang sekali lagi.

Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru sebaliknya mahu beri yang terbaik kepada kelab saya terlebih dahulu dan kita lihat akan akan berlaku selepas itu.”

Terdahulu Sam menjadi perhatian ramai apabila berjaya membantu pasukan Penang FC mengejutkan ramai dengan menduduki kedudukan ketiga dalam Liga Super.