Bukan mudah lawan Sri Pahang FC, tapi harap kita dapat kemenangan – Adib Ra’op
Pemain pasukan Penang FC, Adib Ra’op mengakui tugas sukar menanti mereka pada perlawanan pusingan 16 Piala FA malam ini apabila akan bertemu dengan Sri Pahang FC.
Menurut Adib, biarpun sedar cabaran besar menanti namun beliau menuntut agar rakan sepasukannya memberikan aksi terbaik untuk dapatkan kemenangan.
“Bagi saya Sri Pahang bukan pasukan yang mudah untuk kita lawan tapi saya harap setiap pemain bagi 100 peratus untuk dapat beri kemenangan kepada Penang,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Sebagai salah seorang pemain senior dalam skuad Harimau Kumbang berharap agar beliau dapat pamer prestasi cemerlang untuk pastikan pasukannya mendapat keputusan positif.
Dalam pada itu, Adib yang kini menjadi perhatian ramai selepas membuat penampilannya bersama pasukan kebangsaan Harimau Malaya.
Tidak hanya permainannya mendapat pujian ramai tetapi beliau juga berjaya menjaringkan gol buat skuad negara pada perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Chinese Taipei yang menyaksikan Malaysia menang 3-1.
Menurut Adib, beliau tidak menjangka langsung yang dirinya dapat menjaringkan gol tetapi bersyukur apabila berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring.
“Saya pun tak jangka sebab ketika itu kita sedang bertahan tapi saya dapat agak penjaga gol itu nak ‘passing’ jadi saya pergi dan tak sangka dapat jaringkan gol, jadi saya rasa syukur Alhamdulillah dan itu rezeki saya dapat jaringkan gol depan ibu bapa saya.”