Harap semua dapat buat yang terbaik kerana persiapan kita cukup mantap – Aisy Aqasha

113

Ketua pasukan Malaysia B-16, Aisy Aqasha Noorazhar berharap pasukannya dapat memberikan persembahan terbaik pada saingan Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 yang akan berlangsung di Surakarta, Indonesia nanti.

Menurut Aisy, persiapan pasukan kali ini cukup mantap oleh itu beliau berharap mereka akan dapat keputusan yang positif.


“Persiapan kami bermula sejak bulan Februari lalu jadi saya harap pasukan dapat buat yang terbaik sebab persiapan sudah mantap.

Jadi saya harap kami dapat beri yang terbaik untuk kejohanan ini,”

katanya.

Aisy berkata demikian ketika ditemui di majlis sesi memperkenalkan barisan pemain Harimau Malaya B-16 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Aisy berkata walaupun pemain skuad negara datang daripada pelbagai kelab dan akademi berbeza tapi beliau yakin mereka mampu berikan kemenangan buat negara.

“Ada pemain yang datang dari AMD (Akademi Mokhtar Dahari), JDT dan lain-lain. Mungkin taktikal berbeza tapi kami semua faham apa yang diajar oleh ketua jurulatih.

Kita banyak belajar perkara baru jadi insyaAllah kita boleh menang nanti.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen