Sir Cloud cukup kagum dengan perkembangan positif MPL MY

49

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dunia e-sukan menjadi sangat popular di seluruh dunia termasuklah di Malaysia yang ketika ini cukup popular dengan  Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY).

Populariti yang dikecapi oleh MPL tidak dapat dinafikan apabila sambutan terhadap MPL MY musim ke-13 cukup luar biasa dan perkara ini turut diakui oleh pengulas e-sukan PUBG dan Mobile Legend terkenal iaitu Sir Cloud.


Menurut Sir Cloud, beliau sangat kagum dengan perkembangan MPL MY yang dilihat cukup positif sepanjang 13 musim ini termasuk pemain-pemain yang semakin berani menonjolkan diri untuk memeriahkan lagi saingan.

“Untuk MPL MY saya sangat kagum untuk musim ini dan perkembangan mereka. Mereka ambil masa beberapa musim untuk biasakan diri untuk bercakap dengan kamera dan dihadapan media semua.

Ia sesuatu yang sangat baik kerana perkara itu akan bantu diri seseorang pemain untuk memasarkan dirinya sendiri sekaligus membuatkan ‘show’ itu lebih menarik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, perkara itu patut menjadi ikutan lebih ramai lagi pemain-pemain akan tonjolkan diri mereka supaya dapat wujudkan jenama sendiri demi masa depan.

“Perkara ini patut dicontohi oleh pemain lain kerana ‘at the end of the day’, ya memang anda main tapi anda perlu bina ‘branding’ juga sebab berapa lama lagi anda akan main.

Jika anda berjaya bina ‘branding’ sendiri, andai kata satu hari nanti anda tidak lagi boleh bermain atua bersara, sekurang-kurangnya ‘branding’ itu akan membawa kepada kerjaya seterusnya.”

Sementara itu, Sir Cloud yang cukup terkenal dalam komuniti e-sukan sebagai pengulas juga melancarkan sebuah buku berjudul ‘Esports Selamatkan Hidup Aku’.

Buku tersebut mengisahkan tentang perjalanannya dalam dunia e-sukan dari awal sehingga ke hari ini termasuk jatuh bangun beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia e-sukan.