Tan Sri Norza Zakaria dilantik sebagai Naib Pengerusi Kedua SEAGF
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kedua Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) pada Mesyuarat SEAGF yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Pelantikan Norza dibuat mengikut Artikel 11.3 Piagam dan Peraturan SEAGF dan berdasarkan NOC Malaysia sebagai tuan rumah untuk temasya Sukan SEA ke-34 yang akan berlangsung pada tahun 2027.
Tuan rumah Sukan SEA ke-33 2025 iaitu NOC Thailand dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sukan dan Peraturan SEAGF telah menyusulkan cadangan program sukan awal iaitu sebanyak 40 sukan awal termasuk dua sukan demostrasi telah dibentangkan untuk perbincangan lanjut dan seterusnya kepada Mesyuarat Majlis SEAGF untuk pengesahan.
Kategori yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Category IA (Sukan Wajib):
Akuatik & Olahraga
Category IB (Sukan Wajib):
(Sukan Olimpik) Memanah, Badminton, Kanu & Mendayung, Berbasikal, Ekustrian dan Polo, Fencing, Bola Sepak & Futsal, Golf, Gimnastik, Bola Baling, Hoki, Judo, Ragbi, Pelayaran, Menembak, Ping Pong, Taekwondo, Tenis, Triatlon, Bola Tampar, Gusti, Luncur Ais, Hoki Ais, dan Pentatlon Moden.
Category II (Sukan di Sukan Olimpik dan Sukan Asia):
• Basebol & Sofbol, Billiard & Snuker, Tinju, Floorball, E-Sukan, Muay, Bola Jaring, Pencak Silat, Petanque, Sepaktakraw & Chinlone and Skuasy.
Category III (Sukan Lain):
• Teqball and Kickboxing.
Sukan Demostrasi:
• Cakera Terbang dan Tarik Tali
Dalam pada itu NOC Thailand juga memberi peluang kepada Ahli SEAGF untuk membuat rayuan pertambahan sukan sebelum 31 Ogos 2024.
“Dibawah Piagam dan Peraturan SEAGF, setiap tuan rumah NOC berhak mencadangkan senarai sukan awal daripada pelbagai kategori, tertakluk kepada kelulusan akhir oleh Majlis SEAGF selepas mempertimbangkan rayuan NOC yang lain,”
ujar Norza dalam satu kenyataan MOM.
Beliau pada masa turut memberitahu bahawa pihak MOM juga akan menghantar rayuan untuk pertambahan sukan kepada SEAGF sebelum tarikh tutup.
Sementara itu, temasya edisi ke-33 itu dijadualkan akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025.