MPFL Divisyen 2 akan buka tirai minggu ini! Ayuh turun ke stadium untuk beri sokongan

65

Setelah lama menanti akhirnya saingan Malaysia Premier Futsal League (MFPL) Divisyen 2 untuk musim 2024 akan membuka tirainya pada hujung minggu ini.

Untuk aksi pertama yang akan berlangsung di Sportizza Setapak, Kuala Lumpur pada hari Sabtu dengan enam perlawanan akan berlangsung.


Perlawanan pertama akan bermula seawal jam 9.00 pagi di mana perlawanan di antara Nilai City SC menentang Kedah sebelum aksi ATM menentang Kelantan pada pukul 11 pagi.

Untuk sesi petang pula akan bermula pada pukul 2.00 petang di antara Kuala Lumpur menentang Canaan FC; Pulau Pinang vs Negeri Sembilan United FC; PFA Odin Sarawak vs Melaka.

Manakala untuk sesi malam pula iaitu pada pukul 8.00 malam pula akan menyaksikan PJ Champz FC menentang Malayansian University.

Saingan akan diteruskan pada hari Ahad untuk hari perlawanan kedua dengan perlawanan Melaka menentang Kuala Lumpur akan membuka tirai sesi pagi.

Pada sebelah petang pula Negeri Sembilan FC vs Nilai City SC; Malaysian University vs ATM; Pulau Pinang vs Kelantan dan Kedah vs Canaan FC, manakala sesi malam PFA Odin Sarawak vs PJ Champz FC.

Jadi kepada peminat futsal di sekitar Lembah Klang, ayuh turun ke Sportizza Setapak untuk memeriahkan hari perlawanan.

Jumpa anda di sana!