“Pemain ‘independent’ kena cari sponsor sendiri! Badminton mampu beri pingat di Olimpik Paris!”
Temu bual eksklusif bersama pemain badminton perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Cheam June Wei. June Wei mendapat gelaran naib juara dalam saingan Kaohsiung Masters 2024 – Jelajah BWF Super 100 pada ahad lepas.
June Wei berharap akan terus ada sponsor dan kewangan yang stabil untuk terus bertahan dalam dunia badminton dengan menyertai pertandingan penting pada tahun hadapan.
June Wei juga meletakkan harapan untuk beraksi di Olimpik 2028 tetapi harus realisitik dengan keputusan yang baik setiap tahun.