Kita sudah buat perbincangan Coach Rexy akan jaga Goh Jin Wei di Paris – Hamidin

91

Ketua Kontinjen (Chef de Mission) Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky akan turut terbang ke Paris untuk menjaga pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei.

“Pertama kita memang sudah ada perbincangan dengan Coach Nova (Nova Armad) dan pemain ini. Coach Rexy akan menjaga Goh Jin Wei dan kita sudah buat ‘arrangement’ pada 23 haribulan beliau akan pergi.

Semasa di perkampungan Olimpik nanti kita MSN (Majlis Sukan Negara), MOM (Majlis Olimpik Malaysia) akan turut berada di sana untuk menjaga beliau dan atlet-atlet lain termasuk atlet BAM, jadi tak perlu risau kerana beliau pun faham,”

katanya.

Hamidin berkata demikian bagi mengulas lanjut mengenai isu ketiadaan jurulatih yang bakal melatih Jin Wei di Paris nanti.


Ia susulan Coach Nova tidak mendapat pas akreditasi kerana pas terhad disediakan.

Dalam pada itu, Hamidin berkata tiada masalah untuk jurulatih itu pergi ke sana tetapi apa yang akan menjadi masalah adalah jurulatih itu tidak akan dapat turut serta dalam latihan.

“Coach Nova boleh datang tapi masalahnya untuk latihan itu mungkin agak susah kerana jumlah kontinjen kita kecil dan peratusan untuk dapat kad akreditasi memang sukar.

Jadi memandangkan kita ada beberapa pemain badminton ‘private’ tapi IOC dia bagi bawah satu payung sangat terhad.”