Kita perlu ambil risiko apabila menentang Thailand nanti – Jorda Ribera

66

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-16, Javier Jorda Ribera memberitahu bahawa mereka perlu pamer aksi yang lebih berani dan mengambil risiko pada perlawanan terakhir menentang Thailand pada 29 Jun ini sekiranya mahu mara ke peringkat kalah mati.

“Saya rasa pemain-pemain mampu beri saingan sengit jadi saya rasa kita perlu bermain dengan lebih baik dan ambil risiko untuk perlawanan menentang Thailand nanti,”

katanya.

Skuad Harimau Muda kini dalam misi wajib menang pada aksi terakhir Kumpulan C sekiranya mahu melangkah lebih jauh dalam saingan Kejuaraan B-16 ASEAN 2024.


Ia susulan skuad negara tewas 2-0 kepada Australia sekaligus kekal dengan tiga mata selepas mencatat kemenangan besar 5-0.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perlawanan tersebut Jorda Ribera mengakui ia anak buahnya bermain dengan baik biarpun sukar.

“Perlawanan yang sangat sukar tapi kita bermain dengan baik dan kita mempunyai beberapa peluang tapi gagal untuk menyempurnakannya.”